Thursday, September 25, 2008

Thursday, September 4, 2008

MCA tidak mahu serah bangunan



KAJANG – Isu menyalahgunakan tanah kerajaan dan mendirikan bangunan tanpa mendapat mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) masih belum diselesaikan apabila terdapat wakil MCA yang menyerahkan surat kepada majlis berkenaan dengan menyatakan bahawa mereka ingin mengekalkan bangunan tersebut.

Ahli Majlis MPKj, Tan Han Kuo berkata, masalah ini sudah berlarutan dalam tempoh yang agak lama semenjak daripada pemerintahan lepas dan ia masih belum diselesaikan.

Katanya, beliau difahamkan bahawa bangunan tersebut dibina dengan menggunakan duit rakyat di mana ia merupakan sumbangan bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri sebelum ini.

“MCA Taman Indah Batu 11 telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menyewa bangunan tersebut kepada peniaga dan menjadikan ia sebagai satu perdagangan dan yang menjadi mangsa serta mengalami kerugian adalah rakyat sendiri.

“Mereka tidak sepatutnya memperbodohkan rakyat dan jangan menyatakan ia adalah mangsa politik sedangkan mereka sendiri menyalahgunakan kuasa,” katanya pada sidang media yang diadakan di tingkat tujuh Bangunan MPKj dekat sini, semalam.

Tambahnya, sehingga kini hanya Bangunan MCA di Taman Murni sahaja telah menyerahkannya kepada MPKj manakala tiga yang lain termasuk Taman Sri Bahagia, Taman Megah dan Taman Indah Batu 11 masih tidak mengambil sebarang tindakan malahan menyerahkan surat dengan menyatakan bahawa mereka ingin mengekalkannya.

“Apa yang kami lakukan ini bukan berdasarkan politik tetapi ia adalah sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang kerana bangunan tersebut didirikan tanpa sebarang kelulusan dan rakyat juga akan mempertikaikan mengapa kami hanya mengambil tindakan terhadap kilang-kilang haram tetapi tidak kepada mereka (MCA).

“Kami tidak mahu menggunakan kekerasan dalam menangi kes ini kerana ia akan memburukkan lagi imej MCA dan perkara ini turut dipanjangkan dalam Mesyuarat Penuh MPKj esok (hari ini),” katanya.